Kerjaya Meer Nash

Meer Nash memulakan kerjaya muziknya bersama kumpulan VOTEz bersama dua ahli lain, Amirul Shafiq Sukor (Meeyo) dan Muhammad Bazli Zakaria (Joe Bazli). Di awal penubuhan kumpulan ini, beliau menggantikan seorang ahli asalnya, Mohd Yusri Zainal yang menarik diri. VOTEz merakamkan single sulung mereka, "Mana Dulu". Beliau bagaimanapun, meninggalkan VOTEz pada 2017 selepas dua tahun bersama.[7]

Pada 10 Julai 2017, beliau terpilih mewakili Malaysia sekaligus menjadi wakil tunggal negara untuk The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung selama sebulan di Changsha, China. Meer Nash menjulang nama Malaysia apabila beliau berjaya membawa pulang trofi kemenangan bagi peringkat Asia dan tempat kedua peringkat Global, Anugerah Populariti Terbaik dan Anugerah Kepetahan Terbaik.[8][9][10] Persembahan beliau juga mendapat pujian daripada Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak menerusi ciapan Twitter.[6][10][5]

Meer Nash kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama OnMuse - label yang diasaskan oleh mentor Shila Amzah, Ong Peng Chu yang turut menaungi Jeryl Lee, Pink Tan dan Lee Kexin.[6][10] Beliau melancarkan single sulungnya, "Lai Ai" ("Mari Bercinta") yang merupakan lagu berbahasa Mandarin pertamanya. Dikeluarkan pada November 2018, lagu ini ialah hasil nukilan penyanyi China, Kai Kai dan proses rakaman dijalankan di Beijing pada Mei 2018.[6] Sebelum pelancaran "Lai Ai" Meer Nash menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem drama politik Rise: Ini Kalilah yang bertajuk "Saya Anak Malaysia" bersama-sama artis lain termasuk David Arumugam, Nikki Palikat dan Jeryl Lee.

Pada Februari 2020, beliau menjadi salah seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga yang mana menerusi rancangan inilah beliau menerima jolokan 'Oppa Malay'.[3][11] Meer Nash kemudian melancarkan lagu bahasa Melayu pertamanya, "Jauh" pada Jun 2020. Pada Jun 2021, beliau melancarkan single ketiganya, "Saranghae" yang berkonsepkan K-Pop di bawah Universal Music Malaysia. Beliau berkata mengenai lagunya ini: "Lagu Saranghae ini adalah karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah menulis beberapa lagu, tetapi belum cukup bagus untuk diketengahkan. Namun apabila saya menulis lagu ini (Saranghae), saya puas hati dan menyifatkan lagu tersebut boleh dikomersialkan,".[11][12][13]

Rujukan

WikiPedia: Meer Nash https://www.facebook.com/meernash https://iluminasi.com/bm/biodata-meer-nash-penyany... https://www.instagram.com/meernash/ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2017/08/17... https://www.rotikaya.com/6-penyanyi-remaja-lelaki-... https://twitter.com/meernash https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20... https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/254232/... https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/254537/... https://api.hmetro.com.my/rap/2017/09/262925/salam...